^
^
^
Pada 24 Januari 2009, Luigi mendakwa penyanyi itu memfitnahnya melalui laman sosial ‘Facebook’ dan atas sebab penyiaran itu, keperibadian, kredibiliti, reputasi dan nama baiknya tercemar.
Oleh itu, Luigi memohon perintah kekal menghalang Ning Baizura secara sendiri dan/atau melalui ejennya dan/atau pengkhidmatnya daripada membuat sebarang representasi tentang atau berkenaan plaintif (Luigi) kepada sesiapa atau mana-mana entiti, sama ada secara bertulis atau sebaliknya. Luigi menuntut ganti rugi am berjumlah RM1 juta dan faedah pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh saman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. Dalam writ samannya, Luigi mendakwa dia dilantik sebagai ejen tunggal defendan di benua Eropah untuk mencari dan mengaturkan persembahan dan rancangan media. Luigi mendakwa defendan membuat persembahan di hotel terkemuka di Monte Carlo iaitu Hotel de Paris selain lagunya disiarkan di Itali dan Perancis. Sementara itu, Ning Baizura dalam penyata pembelaan yang difailkan pada 11 Disember 2009, menafikan dakwaan Luigi itu dan menyatakan bahawa mengikut perjanjian itu, plaintif sepatutnya mempromosikan dirinya tetapi tidak berlaku sebaliknya dia hanya menyanyi di kelab kecil serta tidak menerima sebarang bayaran.

1 comment:
macam2 hal dunia artis ni kan..er mana nk cekau 1juta tu..
Post a Comment