<< Love YoU guYs >>

Thursday, July 29, 2010

..Tak SaBar NaK JuMpe dia......

hehehehe....dia yg jaja maksudkan Bulan Ramadhan al-mubarak yg x lama lagi dah nie (apa kes jaja nak excited benor2 kan...mcmlah tahun lepas x jumpa). memang jaja excited..sbb apa?? last year jaja sempat pose seminggu jek, tu pon nurse x kasi pose sbb dia takut jaja xde tenaga nnt utk...jeng..jeng...jeng. Untuk bersalin...huhuhuhuh. Tahun lepas jaja nyer due date 8/9/09, tp Rizqi nak kuar awal, 2 hb 9 dia dah kuar, so bulan pose tahun lepas habis dengan jaja berpantang sampaila raya. SEKSA tau...tgk family berbuka makan sedap2, jaja makan nasik kosong ngan ikan bakar/ ikan masak singgang. Bayangkan la perasaaan jaja masa tuh...telan air liur jelah. Atas meja penuh ngan lauk pauk, kuih2 lg..jaja boleh pandang jek tp kadang2 mak jaja dia kesiankan jaja, dia bg la jugak jaja merasa skit2 kuih / lauk tuh..Skit je !! x boleh banyak,...bentan kang habisss.

Kali nak ler tyr pose cukup...(itupon kalu timing elok le...kalau x paham2 la, adelah cuti pose seminggu utk pempuan..paham kan). Bila bab2 pose ni, teringat masa jaja ngan adek2 kecik2 dulu, mak jaja ni kalau time bulan pose rajin buat kuih / lauk yg sedap2 and adatlah kalau dah pose tuh, jiran2 bertukar pinggan. Masalahnya, jaja ngan adek2 ni cukup hangin kalau mak nak bg kuih / lauk kat jiran lain dengan alasan " mak...x payahlah bg kat cik ____, nnt x cukup. Kita dah la ramai " (mmg kami ramai, 8 adek beradik). muka mmg masam x hengat, tp mak nasihat la, x baik buat perangai camtuh bulan pose. Last2 mak bg jugak....tp mmg patut bg pon..dah bukak pose makanan x habes pon..tamak je lebih, hehehehe. Bila ingat2 balik klakar pon ade. skrg masing2 dah besar panjang, xde nyer nak buat perangai gitu lg.

selamat berpose ek korg....jangan lupa plak..pose bukan sekadar pose makan n minum je tau !!

Wednesday, July 28, 2010

:: AyaM & Pak PanDir..apa Kes?? ::

Kes Ayam....

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggan seekor. Beberapa minit kemudian pesananya sampai, tp sedang dia menikmati makanannya..pelayan lain menghampirinya dan berkata ...

"Maaf encik...itu sebenarnya pesanan lelaki yg ada di sana itu dan ini merupakan stok ayam terakhir yg kami ada..Maaf ya encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yg ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah. Lalu dia berkata.....

"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ni milik saya. Lagipon saya juga akan membayarnya."

Sementara si pelayan restoran td nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
 
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...kekekekkekeke.



PaK Pandir SengaL......

Di suatu malam yang hening... Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa makan dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku sengaja makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

There you go...a little bit of laugh to cheer up your day !!

Sunday, July 25, 2010

:: and The aWard Goes to ::


yeayyyy....first time dapat award, thanks to Sweetsal coz giving me this award. Terharu2....claps..claps. Lain kali boleh bg award lagi ek....(itulah manusia, org bg betis nak peha...hehehehehe).


Thursday, July 22, 2010

::.dah 3 HarI x JumPA Nasik, USANA punYa pasal.::


nasik oh nasik...(rintihan org yg x makan nasik masuk 3 hari..cubaaannnn)..huuhuh. just to share with u guys, skrg jaja n hubby tgh on diet. Jaja x pernah plan pon sebenarnya nak diet2 ni walaupon tahu diriku ni x selim mana pon, xde perasaan plak nak diet. Ni semua hubby la punya pasal. One day lepas dia balik dr main heli ngan kawan2 dia, dia pon ckp kat jaja ade sorg kawan dia tuh dulu gemuk..perut buncit tp skrg perut flat wa cakap lu. So semua geng2 heli ni cam wonder la kan camaner dia boleh kurus sampai camtuh, dia pon bgtahu la dia pakai USANA. So apa lagi, sorg dah pakai semua nak pakai la kan..masing perut paham2 la..dah jadi laki org perut kalau x tggi x sah la kan...hehehehehee. Dengan perasaan berkobar2 nak kurus cam kawan dia tuh, Isnin lepas hubby terus angkut satu set usana, ade Nutrimeal (Dutch Chocolate), Essential and proviflon (x tahu jaja eja btol x nih,,hentam jek). Harga dia bg jaja quite expensive la tp dah hubby nak try, jaja pon ok jek.

Sape2 yg pernah try usana ni mesti tahu kan usana ni ade program reset, which is kita x dibenarkan makan nasik selama 5 hari. Tiap2 waktu makan kene makan nutrimeal + essential + proviflon + Sayur / Buah / makanan-makanan yg low glysemic index. So first day kitaorg buat, mak aii...x tahan btol la. Udah namanya tekak melayu, mesti ler nak hadap nasik kan. Tp alang menyeluk pekasam..biar le sampai ke lengan. Dengan pasrahnya makan buah2 n sayur2 for the past few days. Tp semalam jaja  meeting kat lumut kan so lunch semalam terpaksala makan ikan bakar n ulam ulaman aje..xkan nak hangkut nurtimeal tuh pulak...giler !!  So now dah masuk hari ketiga tanpa nasik...miss u nasik...wonder sangat cemana aizat boleh tahan x makan nasik berbulan2. Xper2....i think i will surviveee..hey hey....(tetibe dengar lagu i will survive dalam kepala)

Tuesday, July 20, 2010

::..Bos, Saya MC esok ..::

esok kene g meeting @ KHL Lumut tp ade satu insiden just now buat jaja ngeri jek nak g meeting tue...huwaaaaa. Aci x kalau tetibe je msg bos," Bos, saya mc hari ni"..huahuahua....(mau lepas tuh kene notis 24 jam..hamek ko!!).

Sunday, July 18, 2010

::...Rasa- Rasa Nak Buat Nie La...::

nak buat ape cik jaja oiii...hehehe. Jaja rase nak bg hadiah misteri la kat sape2 yg jadi FOLLOWER KE 100...sape yg bertuah tuh, just print screen menunjukkan anda org bertuah itu and inform me at my email, aqiesha@yahoo.com Senang kan.....

Okey, lepas pada tuh Insya Allah kalau dah setel hadiah utk follower ke 100 tuh, jaja plan nak buat GIVE AWAY..tp bila nak buatnya x sure lg..baru tgh berkira2 dalam kepala otak nak buat bende ni. Tggu my announcement ya...jaja tergerak hati nak buat bende2 semua sbb jaja really appreciate ngan kawan2 bloggers yg datang blog jaja, bg comment, jadik follower n ect2 walaupon blog jaja ni kalau nak dicompare ngan blog2 yg lagi femes mmg jauh panggang dr api. Tanpa korang ni, sapela jajabeanwords.blogspot kan...kan...

so apa2 berita terkini akan dikabarkan di kemudian hari, buat masa ni tgh piki nak bg apa kat follower ke 100..hehehe.


Thursday, July 15, 2010

:: MistERI TraGEDi LubUK YU ::

first time tahu pasal LUBUK YU, Maran bila kuar dalam berita  hari tuh, masya ALLah...cantiknya air dia. BIRU KEHIJAUAN, cam x caya je air dia mcm tuh (ni jaja tgk dalam berita je, x tahu la depan2 mata sama ke idak). Pergh..kalau g picnic and mandi2 sure best x henggat punya kan. Tergambar kesengalan kat situ sbb baru tahu pasal kewujudan tempat ni..(ko kompen ke warganegara malaysia ni jaja !!)

 gambar curik dr en. google

Okey, back to the main story, jaja rasa korg pon tahu kan pasal tragedi Lubuk Yu ni which summary ni lebey kurang camneh la ...ade one guy mati lemas kat situ and org2 kampung sekitar lubuk yu ni dengan rasa tanggungjawab n prihatin kat sesama insan datang menolong, nak cr mangsa mati lemas tu. Tapi berita ni jadi HOT sbb yg mati lemasnya sorg aje tp yg mati secara misteri lepas  terlibat dalam operasi mencari & menyelamat mangsa mati lemas tuh 6 org (ramai tau !!). According to Metro hari ni, kematian disebabkan oleh jangkitan air kencing tikus dan bakteria dr air dan tanah tercemar. Adeh.. rasa kesian sangat2 kat mangsa-mangsa yg meninggal ni sbb niat diorg ikhlas nak menolong cr org lemas, at the end diorg pulak yg jadi mangsa. Sedey la, walaupon jaja x de kene mengena ngan mangsa2 tp kalau la jaja ni family diorg, jaja mesti rasa ralat and dalam hati mesti terdetik jugak skit kata2 ni (kalau x tolong hari tuh, sure x kene penyakit tu and x meninggal).....ni kalau jaja okey. Kepada ahli2 keluarga mangsa, di harapkan korg tabah and redha atas kehilangan org2 tersayang.

Tuesday, July 13, 2010

:: AjaiB..PoKOk tUmBUh Dalam Masa SehaRi je ::

hahahahahah...tajuk bikin gempak je kan. nak tahu apa cerita, sila baca entry ni sampai habis, sekian.

after waiting patiently for a few days, at last sampai jugak parcel yg ditunggu2. So malam td bermula la aktiviti menampal riang ria bersama WALL DeCO (tetiba jaja rasa jaja cam kanak2 ribena buat tampal2 kat dinding..sonok giler). alkisahnya, mcm biasa la waktu jaja menjalankan kewajipan sebagai seorg blogger (ye ye ooo je ko jaja kan) berblogwalking sana sini , jaja terjumpala satu blog ni jual wall deco. Seyesly, mmg cantik bangat pelekat2 dia sampai rambang mata dah ni nak beli yg mana satu. last2 jaja amek 2 design ni, satu design pokok (x geti nak describe..korg tgkla gamba dia nnt)..and satu lg design bunga2. Nak tampal deco2 ni pon senang bangat. kat every pieces tuh ade no.no yg menunjukkan mana satu kene tampal dulu..kalau rasa2 nak ikut kreativiti sendiri nak ubah sikit2 dr yg asal  pon xde masalah. Ikut sedap rasa masing2 la. Jaja ni cam dah malas nak piki, mmg ikut sebijik2 instruction tue..kekeke. Semalam baru setel yg pokok tuh je..yg lain tungguuuuu.....sila jangan jeles ek tgk gamba kat bawah (hahahahaa..jeles la sangat ek).

 hasil tampalan semalam..

bukak2 pintu rumah nampak ni dulu ceria skit drpd dulu kosong je..so boring.

kalau rasa nak tgk design2 lain yg gorgeuo2s n cute miut belaka..sila berkunjung kat tuan punya web ni..cik g_gorges....mmg gorges pun deco2 yg dia jual...malam ni x saba nak start projek tampal menampal utk satu lagi tuh, chaiyokk jaja !

Monday, July 12, 2010

:: 10 JenIs PeKerJa yg Boleh BikIn KacO ::

yeayyy..two thumbs up untuk pasukan Spain sbb first time masuk final terus jadi Juara World Cup 2010 tuh.Claps..claps..okey, enough of bola, david villa, golden shoes and bla bla bla. jom layan kategori2 pekerja yg wujud dalam opis kat seantero dunia nih.Kalau rasa2 terkena kat batang idung tuh insaf2 la ek..i pon sama jugak..muhasabah diri skit..(wahh..alim gituuu).

1.Taichi
Asyik passing kerja kat org lain. Kerjanya menepis segala kerja yg datang kat org lain."nah...ni barang ko..ko lah kene buat" eventhough dia boleh tgk org tuh busy tp pedulik apa kan..bukan keje aku.

2. Boxing
Single tasking only. Kalau tgk kat peninju, diorg cuma genggam tangan n tumbuk lawan, xdenya pakai kaki, siku, lutut segala. So org2 yg cam peninju ni, bila dapat bebanan kerja lebih skit mulala melatah. Mintak tolong print doc sambil jawab tepon pon mulut dia pot pet pot pet.

3. Silat
Before nak start keje dia punya bunga-bunga punyala lamaaa. Macam2 gaya, macam2 persediaan. Nampak cantik tapi buahnya nan adoooooo....gaya jek lebeyyy daaaa.

4. Samurai & Cowboy
Samurai n cowboy ni dua2 handal bermain senjata diorg kan and depend on senjata diorg giler2. Pekerja2 yg mcm ni akan mati kutu kalau mesin fotostat rosak ke, internet down ke sbb x tahu nak buat apa.

5. Kungfu Bruce Lee
Kalau tgk filem Bruce Lee, before and after serang lawan mulut dia x geti duduk diam..dok watchaa....watchaa..dan bunyi-bunyian lain. Ramai jugak pekerja camni..before projek start sembang tinggi melangit..dah siap projek pon x habis lg nih bercerita ttg projek dia tuh..bape juta untung semua tuh.

6. Ninja
Ninja kan terer giler bab2 menhilangkan diri nih. zasss...terus hilang lompat sana sini..camtula gaya pekerja ninja ni. Datang keje pagi, tgk2 dah hilang pergi minum. Pastu ade jap kat meja..petang g minum pulak..rajin ngular..kikiki.

7. Rambo
Berlagak Herooo...semua bende dia boleh buat sendiri. X payah perlukan pertolongan. Tapi masalahnya, kadang2 berlagak sangat sampaikan x sempat pon nak buat keje, last2 kene mintak tolong kawan2 jugak.

8. Kung Fu Jackie
Kalau korg perasan, filem Jackie Chan mesti ade unsur unsur lawak dalam action fighting between him n org2 jahat.Kalau staff yg ikut style nih, diorg ni konon2nya keje mesti santai, xleh seyes2 sangat so outcome pada kejenya, sama ler jugakkk.x amik seyes sgt pasal keje tuh.

9. Street fighter
Ini pekerja yg x suka nak ikut procedure. Kerja dia mungkin  beres, cuma bila sampai bab2 procedure nak kene cam hantar borg claim, buat progress report, follow SOP mulala dia pening kepala n x suka nak buat. Lebih suka free style aka ikut suka hati ler nak buat camaner pon.

10. WWE Wrestling.
Sila refer kepada wrestling bawah Entertainment TV Guide. Pekerja yg ade sifat WWE ni mmg rajin, datang awal pg, balik lewat, document penuh atas meja, po pon banyak atas meja tapi sayang, semua lakonan semata-mata..hahahahahaha.

hehehehehe....rase2 kene batang idung x. Jangan risau, i pn terkena tp xnak lah reveal yg mana satu. Better keep it to myself and moral of the story, be a good worker everyone !!.





Thursday, July 8, 2010

::..AnLENE..helppp..::

tgh syok2 goyang kaki bawah meja sambil layan blog jual kain, tetiba i terperasan yg lutut i ni cam berbunyi kelekuk-kelekuk dr dalam...cam tulang lutut tuh bergerak2 masa i goyang2 kaki tuh...aiseyyy...cemana nih?? blom tua lg pon..adekah ini petanda tua nnt i will be like nenek kebayan jalan bertongkat...oooww..tidak2..x mau jadi mcm itu..tp besar kemungkinan akan jadi sbb i x suka minum susuuu...................



jaja..sila la sedar diri dr sekarang & blajar2 la minum susu..

ANLENEEEEE...saya perlu sama kamuuuuuuu...


Wednesday, July 7, 2010

sape dgr radio era pg td mesti ketawa terbahak2 coz aznil ade call sorg pakcik ni, i rasa utk speaking english nyer session kot...tp yg penting i ingat ayat dia yg nih...

" I supply ais week - week"

i rasa apa yg dia maksudkan i supply ais every week / weekly...hehehe..sian pakcik nih..naye je dia..

Tuesday, July 6, 2010

::..NaK PinTU DoreMon..SeNanG nak G MasJid IndiA.::

sungguh x logik permintaan tuh tp KALAU la ade....mmg i manusia paling bahagia kat muka bumi ni....nak pergi mana2 ckp ajeeee...xyah susah2. hari tuh g masjid india, cadangnya nak teman mak i bershopping. Nak carik kain cotton..cotton kan tgh HOT skrg nih.....pergi la kami satu family dekat masjid india tuh...lepas makan2 jalan2 jap dapat la kain sepasang dua, Rizqi plak meragam..merengek je dia..main apa pon xnak..atuk dia siap belikan belon yg rega 5 hengget tuh pon dia layan jap jek....then continue to merengek2, apo lagi kalau dah gitu gayanya....zaaass..terus kitaorg balik. Adek i yg bongsu frust je sbb x dapat nak beli kain dia . Yela, bayangkan masjid india tuh besar mana, kene round sekali utk tgk2, then round lg sekali baru beli kain lepas dah tahu kedai mana jual kain yg kita berkenan (tuh pon ade yg sanggup round 2, 3 kali tau)..habis i ni ngan rizqi dah ngamuk2 tuh..cemana??? mood shopping pon lari dah terbang jauh2..so tu la motif nak pintu doremon..kalau ade bukak je amik kain satu bayar terus, pastu kalau rasa2 x okey bukak pintu sekali lg ckp nak tukar kain...hahahahaha (merapu tahap cipan dah ni)...so skrg ni camane nih nak beli kain ?? penin...penin.....

::..HuTaNg x BErBayaR.::


to cik marina anak cik bob, k jaja akan jawab jugak tag anda nnt...tgggguuuu......

:..Apa NaK Jadi Nie??..::

since ade Rizqi in my life, mmg hidup is totally diff....all my heart n soul dedicated to him sampaikan ade yg terasa di ignorekan oleh i......huhuhuhh. when come to think of it....mmg btol pon.
kadang2 i x masak dinner pon utk hubby tp masak bubur utk Rizqi....and kadang2 conversation between us become more and more less since i duk layan Rizqi main jek...and bukan kat org lain je...i even ignoring myself......kalau dulu gemuk skit je dah beriya ni carik ubat tuh ini nak kurus....skrg ade spare tyre lg buat selambe je..even deep down inside my heart terdetik jugak nak berlawa2 balik cam zaman blom ade anak dulu...tp bila dah ngadap anak semua tuh hilang.....dulu nak pg carefour pon pakai tudung cantik2 segala...skrg tudung indon tu pon dah cukup..sarung je...kiranya bila ade anak ni the world is totally changing.....no....i'm not blaming rizqi for this situations...dia adelah anugerah dr Allah terbaik utk i....cuma i takut lama kelamaaan i akan jadi sgt selesa dgn keadaan skrg n become worsen.

being the first time mommy of course akan ade kekurangan skit nak manage life as a wife and mommy kan but i try to change for better..ok jaja...come on la..anak baru sorg weyy (org lain anak sepuluh bergetah lgi ko).....hehehe.

p/s: dear hubby...i'm sorry. didn't realize that i hurt u...

Related Posts with Thumbnails
Voting