<< Love YoU guYs >>

Wednesday, December 29, 2010

WrIting with The Wrong Attention

lamanya x jenguk kamu wahai si blog...hehe. Actually jaja sgt ler busy sampaikan nak berblogging pon x sempat n kamu dibiarkan kosong tanpa pengisian..sebenarnya kan blog, before ni jaja berblogging bukan sbb jaja betul2 nak menulis ke apa..cuma mengikut sangat org. Yelah, org ade blog kita pon nak blog, nak duit nuffnang lg..niat dah salah tuh. So skrg ni, betulkan balik niat, niat skrg ni betul2 nak berblog sbb nak berblog, not for money or fame...kalau org xnak folo pon xper, nak folo pon lg la i like kan...

Ok now reason jaja lama x jenguk kamu ni kan blog, sbb jaja ade la handle satu projek ni, kira mcm first baby la. Mula2 berblog ni mmg mcm lagha skit la, duk blogwalking la apa la, mcm ler xde koje kat opis. Lama2 bila workload makin bertambah, masa utk kamu kan paham2 la yek, of course ler makin kurang. Di tambah plak jaja ni lady..biasa yg buat projek lelaki2 perkasa di opis, so bila lady yg buat keje paham2 jela, semuanya mcm memandang serong adekah perempuan ini layak untk mejaga projek ini, tu x campur lg dengan ayat2 sindiran yg kadang2 mmg buat jaja down, but alhamdulillah. Berkat kesabaran jaja kan blog, projek tu pon almost done and now I can come back to you....

now jaja nak buat keje jap....nnt ade masa free kita sambung balik key.....

Tuesday, October 5, 2010

:: GreaT EsCape ::

Seandainya, dapat ku lari...
jauh ku pergi, membawa diri....

Sunday, October 3, 2010

heloooo.....ingat x jaja ckp nak announce the arrival of my new baby. Alhamdulillah, semua dah siap skrg, so jaja dah pon memulakan bisness online jaja. Jom kita usha-usha tgk apa yg menarik kat sini
^
^
^
^
^
^
^
^
BEAN SHOP's

(nama bean tetap jadi pujaan hatiku)

Buat masa ni, jaja keluarkan kain swiss cotton n crepe dulu but produk akan sentiasa di-update dr masa ke semasa.

Last but not least, Hepi ShoPPing U Ol.....

Love,

Friday, October 1, 2010

.:: BabY Baru nak KUar ::.

no..no..no...bukan Rizqi nak dapat adek tau..hehe. Saje je bg u ol suspen jap. Actually, jaja nak share berita gembira ni ngan korg, x lama lg blog jaja ni akan ade baby...hehe. Baby apa ? sat na, bg cek citer dulu...jaja ni cam dah lama dah nak buat bisnes online, pastu selalu jugak dok beli barang online. Tetiba j terdetik kat hati nak berniaga online jugak...lgpon skrg kan ramai je yg buat bisnes ni, so jaja nak join la, nak memeriahkan lg online world ni, sambil2 dapat la income lebey, ye dok !

Insya allah, dalam masa terdekat ni, akan kuarla baby jaja tuh...tgh dalam proses skrg ni. Jaja jual apa ek ?....hehe, dah jaja ni kan pempuan, pempuan ni mostly synonym ngan tudung n baju kurung. Tp tauke jual tudung dah ade dalam opis jaja nih, jaja xnak la kaco daun. So jaja akan jual kain pasang yg hot-hot skrg ni mcm cotton, crepe, washable silk n many more. Kalau korg nak tgk,nnt kan kemunculan baby jaja tuh tau....

jaja harap business jaja ni dapat ler sokongan drpd u ol semua.....jaja akan pastikan yg produk jaja ni of course d best in town je tau...mak amek design yg keles2 je ...mmg kompem cantik la. Boleh la nak buat baju Raye Haji plak..hehehe...

Ok...on d way nak siapkan baby....byeeee..

Wednesday, September 29, 2010

.:: Used HeeLs for Sale::.

heloo u ol, ni jaja ade nak jual heels-heels jaja yg jaja beli x pakai n baru pakai sekali dua dah x pakai. Condition mmg baik sbb jaja baru pakai sekali dua aje.Kalau korg berminat sila tgk gamba heels kat bawah ye, x banyak pon, ade 2 jek. Jaja mmg nak clearkan mana-mana kasut yg jaja x pakai tu, dah x muat almari kasut...huhuh..drpd x guna baik jaja jual, nak bg adek-adek diorg xnak sbb diorg x layan heels....huhuhuhuh...kalau x lama dah jaja bg diorg. Kalau berminat sila la call atau msg jaja ek kat no ni : 012-5204145. Once dah msg, baru la jaja akan msg kan no akaun bank utk pembayaran and not to forget, sila bg jaja details untuk jaja courierkan kasut2 ini okey..



Color : Champagne
Brand : Sembonia
Size : 7
Harga : RM 40 including postage





Color : Black with white stripes
Brand : Carlo Rino
Size : 7
Harga : RM 55 including postage (yg ni x pernah pakai lg, 100% good condition)

kalau berminat, jangan malu-malu nak call jaja yek...no phone seperti di atas yek...

Monday, September 20, 2010

BErSiLat Ibu Nak PakaIkan Iqi PamperS

lamanya x jenguk blog nih, mmg cuti sakan btol for Eid Mubarak nih. Laptop pon x sempat nak bukak asik jalan raye je. Yela, bila lagi nak tertemu muka ngan saudara mara semua, bukan selalu semua ade kat kampung so bila raya ni la nak datang melawat...sambil2 tuh collect duit raya Iqi...hehehe.

tp this time bukan nak citer pasal raya..yg ni pasal anak lelaki i sorg nih..Ya ampun, kalau nak pakaikan dia pampers mcm bersilat ngan dia...dia baring x sampai bape saat dah nak bangun, manalah sempat ibu dia ni nak pakaikan pampers....kalau bg barang kat tangan dia, dia focus la kejap dalam 5 minit, pastu terus mengelepar nak bangun..adeh..semput di buatnya. Rasa2 kaum2 ibu yg lain ade x masalah cam jaja nih..huhuhuhu. Rasanya lg senang kalau pakaikan pampers yg pants tuh tp rega dia plak mahal.....alahai anak omak...

Wednesday, September 8, 2010

SElamaT haRi Raya

...Selamat Hari Raya to my beloved Fren ...

Maaf Zahir & BatIn.....

harap2 korg hepi2 n most of all, jangan rushing2 kat jalanraya tuh....hati-hati okeyy !!!

Sunday, September 5, 2010

.:: HilaNg ::.

" saban hari diriku menunggu, kabar berita dari mu di sana" quote from Feminin.

lama btol dah x update blog, sgt busy sepanjang minggu lepas. Niat kat hati mmg nak update pastu nak berblogwalking, tapi niat je, anggota badan x merelakan sbb keje bertimbun. Kang nnt dah start beblog, keje pon ntah ke mana. Tambah lg nak raya ni, nak cuti lama kan, keje kene bg setel dulu, baru leh cuti dengan AMAN. Kalau x nnt ade je REMINDER dr bos...huhuhuh...xnak bg kesempatan untuk itu okey, buat spoil modd raya i je nnt. This year eid mubarak will be celebrate at Aloq Setar Kedah tp pagi raya baru mengerakkan diri balik ...hehehe. Takut jem kata hubby,lgpon ade anak kecik payah ...jem2 ni stuck dalam kete mau rimas dia. Anak rimas, mak pon rimas, mana x nya jenuh nak kene pujuk plak huhuhu. dah jadik mcm badut maknya dalam kete kalau anak meragam...

last week balik kerteh tersangat la best, berbuka with lauk pauk hasil dr air tangan mak mmg superbbbb....even the dish is simple one like ikan terubuk goreng with sotong masal lemak cili api, still its the best dish in the world ! (kalau korg pon sure korg kata mak korg masak d best kan...hehe). pAstu buat projek kek lapis sarawak, konon nak bawak g kedah la nnt....so adek2 la tukang jadik mangsa buli, kene bakar n tggu sampai kek tuh masak..kalau korg nak tahu, kek lapis ni bakar dia layer by layer, lepas dah siap satu, lapis pastu bakar n berterusan mcm ni sampai la adunan tuh habis....berjam jugak nak nunggu siap. So, no wonder la kek lapis ni mahal, nak buat dia payah, adunan dia plak mcm2 ade so kalau beli kek sarawak pastu nak ngomel2 mahal, pi try buat sendiri baru rasa perit x perit !

so utk raya ni, rasanya persiapan hampir complete la kot, baju2 semua dah siap2 pack dalam beg, takut ade yg terlupa nak bawak, especially baju raya...kalau tertinggal....aduhhh, mau nanges nnt..cuma skrg nak bereskan kerja2 di opis ....mak nak raya sakan neh, malas nak piki keje dah pasni....bye !


Wednesday, August 25, 2010

.:: BeZa OK ngan OB ::.

Org dah Kawen (OK)

U ol seuju x kalau jaja ckp org dah kawen and ade anak perbelajaan mereka lebih besar drpd org bujang terutamanya yg duduk dengan family. Biasala, org dah kwen ni, semua expenses di tanggung sendiri contoh sewa rumah, bil2, kereta,makan pakai and etc, keperluan anak-anak lg, tuh x masuk lg kalau anak2 sekolah. Tambah plak perbelanjaan utk anak sakit, nk pergi klinik, buat check-up, injection lg, semua pakai duit tuh, xde nyer yg pakai daun...

Org Bujang (OB)

kalau org bujang plak, sewa rumah da x payah sbb duduk rumah family (kalau duk umah sewa, pon biasanya satu rumah share ramai so murah je sewanya), bil2 biasanya mak ayah yg bayar kan, (tp maybe ade jugak yg tolong hulur skit2 kat family), kete pon x payah bayar kalau guna kete family, makan minum x risau, kalau sakit family ade, kalau kuar duit pon maybe utk soping, dating, bayar kete (kalau beli kete sendiri), bayar bil tepon sendiri n simpanan (kalau ade la)..

korg agree x?? ke ade bantahan....kalau ade sila kemukakn hujah2 yek..huhuuh..jaja cam frust je sbb ade sesetengah org ni x memahami kehidupan org dah kwen ni...harap lepas ni terbukak la mata skit ek.

Monday, August 23, 2010

.::: Rizqi..dulU & SeKaranG :::.

alaihai..pejam celik pejam celik x lama lg dah besar dah anak ibu ni..huhuhu. 2.09.10 nnt genaplah Rizqi umur setahun, dah banyak akai skrg, cuma jalan je x pandai lg. Phase2 lain semua dah complete, meniarap, merangkak tp jalan tuh bolehla setakat meniti-meniti tepi kerusi, perabot tp nak jalan sendiri x pandai lg. Xpe, ibu x paksa pon, lama2 nnt pandai la tuh. Kat bawah ni gambar Rizqi masa newborn dulu, lain sgt dengan muka dia skrg...tulah org kata, kalau tgk baby lepas lahir, x boleh nak ckp lg dia kulit putih ke , hitam ke, muka dia ikut mak dia ke, abah dia ke sbb nnt muka dia berubah...trust me..x caye tgk gamba2 rizqi nih...

kecik jek....huhuhu

Riqzi masham.....peneman ibu
Rizqi, ibu doakan Rizqi jadi anak yg taat perintah Allah, taat kepada ibu bapa, berguna kepada masyarakat n jadi anak yg solleh ye...aminn...


Sunday, August 22, 2010

:: STreaMyx Area AMpang FuLL ??

weeiiiiii....pagi2 sudah buat jaja hangin !!

Thursday, August 19, 2010

::...RIckY mARTIn Lorr....::




hehehehe...tipah teripu ler...jangan marah aaa !


Wednesday, August 18, 2010

** BerbUka PuaSa HaNya RM 2..ade BeraNi ? **


SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di Restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin."Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.Restoran ini menggunakan konsep layan diri.
Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2."Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.


Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia."Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.
"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang."Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6."Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya. Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.
"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.

"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu."Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah. "Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga."Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.


Amacam, ade berani x nak try??? 2 hengget jek, murah bangat .Bagus ler restoran ni, dia bukan berniaga dengan niat nak untung semata-mata, tp yg penting, pinggan basuh sendiri naaaa.....X mcm sesetengah peniaga lain, especially kat bazaar ramadhan ni, berniaga x ikhlas, ade kuih x habis di jual balik, habis org yg makan sakit perut. Sabo jele.....



Monday, August 16, 2010

:: Mcm - mcm ::

dulu-dulu kawan ade beg biru
dia pon nak ade beg biru

dulu-dulu kawan kawan ade handphone,
dia pon sibuk bgtahu ayah nak tepon !!

Semalam jiran sebelah beli sofa besar,
esok2 datang lori bawak sofa lg besar depan umah dia

td cik x datang rumah gelang dia cantik
nnt dia pon nak beli gelang lg cantik dr tuh...

saje je jaja merapu, tgh ngantuk sebenarnya...hehehe..jaja tulis ni pon sbb nak tergelak tgk perangai org, jenis yg org x boleh lebey dr dia...dia mesti sakit ati. Pe motif ek perangai camtuh, nnt nak kubur lg cantik ke?? mati nnt sama je size kubur nyer...x gitu??

Thursday, August 12, 2010

::..SaYE Sudah jaDi JutaWan ::

OMG...ade org nak kasik jaja duit freee tuh...tolong simpankan duit dia jek, pastu jaja dapat 30% drpd 15 million USD...perghh, jadik jutawan segera la camneh, kalah la bos i nnt.

Actually ni email jaja dapat dr yahoo mail,eeeeeee jaja cukup hangin btol la kalau dapat email2 camneh, dia hengat org sekarang ni bodoh-bodoh alam ke nak caya bende2 camneh ! Sape yg percaya pada email ni jaja x tahu la kan tp kalau piki logic, its TOO GOOD TO BE TRUE !! Korg tgk je le gamba kat bawah, jaja nak tergelak pon ade bila bace email tuh..nampak sgt ketipuan dia tuh..hehehe....


Wednesday, August 11, 2010

:: Ku BahaGia ::

yeayyyy....skrg dah kol 4.18, berapa minit jek lagi nak kol 4.30 and BALIKKKKKK !!!! balik ni bukan balik rumah terus, dah katenye bulan ramadhan, haruslah menyinggah BAZAR RAMADHAN dulu...hehehe. And yg paling best sekali, bazar ramadhan bukit indah ni betul2 sebelah opis jaja jek...kiranya kalau kuar dr opis 2,3 langkah camtuh jek dah sampai...perghh..mmg BAHAGIA btol la camneh...okes u ol, jaja dah nak balik ni....SELAMAT BERBUKA to all key....makan jangan gelojoh, nnt tercekik x pasal2 kene CPR...cemana??? heheheh...byeee...

Tuesday, August 10, 2010

:: RamAdhaN HighWay Code ::

xnak ckp banyak...this pic tell its all......so renung2kan dan selamat beramal (quote from ustaz Ezzy)








Monday, August 9, 2010

RamadHan Is Coming..Selamat BerpuaSa !!

to all my beloved fren / blogger, selamat berpuasa jaja ucapkan kat korg, semoga puasa tahun ni memberi seribu kerberkatan buat semua. 

pejam celik pejam celik dah jumpa bulan pose balik, so baikla kita gunakan sepenuhnya bulan pose  nih sbb takut nnt pejam x celik - celik...naye !!!




Selamat BerPuAsa


Friday, August 6, 2010

::...KUiH RaYe Dah SiAp..YEayyy..::

pg td lepas hantar Rizqi kat umah Ibu Dia, Ibu bg list kuih raya kat jaja...kawan dia buat katanya, dia tolong pass2 kan dekat org. Jaja tgk kuih2 dalam list tuh cam menarik sangat u ol...jaja sah2 la kan malas nak buat kuih raya tahun ni...nnt elok2 jaja baru nak menguli si Rizqi plak mengaco sana sini..habis xde mood lansung so harus la tahun ni pakai kuih tunjuk2 jek....xperler...janji sedap..kadang2 kalau dah lama x buat kuih raya sendiri entah jadi ke idak nnt kalau gedik2 jugak nak buat sendiri (nak cover diri sendiri ..hehehe)

td jaja adelah borong 2, 3 jenis kuih , kalau korg nak tgk apa kuihnya scroll kat bawah ekk.....
^
^
^
^


kalau korg tgk dalam list tuh, jaja dah edit skit, yg bertanda STAR warna biru tu jaja punya order...hehehehe..jangan jeles. harga dia quite ok la, xdelah mahal sangat sbb jaja baru lepas call mak td nak tanya dia nak kuih apa, mak jaja ckp dekat sana (kerteh) kuih yg sama 50 pcs diorg jual RM29 / RM30. Compare to yg dalam list ni, 50 baru RM25 so quite affordable la lg. Apa tunggu2 lagi...lai2 jom beli kuih...

Wednesday, August 4, 2010

::..Nothing On YoU..::

NoThIng On YoU

Beautiful girls all over the world
I could be chasing but my time would be wasted
They got nothing on you baby
Nothing on you baby
They might say hi and I might say hey
But you shouldn't worry about what they say
Coz they got nothing on you baby
Nothing on you baby

Not not not nothing on you babe
Not not nothing on you
I know you feel where I'm coming from
Regardless of the things in my past that I've done
Most of really was for the hell of the fun
On the carousel so around I spun (spun)
With no directions just tryna get some (some)
Tryna chase skirts, living in the summer sun (sun)
This is how I lost more than I had ever won
And honestly I ended up with none

There's no much nonsense
It's on my conscience
I'm thinking baby I should get it out
And I don't wanna sound redundant
But I was wondering if there was something that you wanna know
(That you wanna know)
But never mind that we should let it go (we should let it go)
Cos we don't wanna be a t.v episode (t.v episode)
And all the bad thoughts just let them go (go, go, go)

Beautiful girls all over the world
I could be chasing but my time would be wasted
They got nothing on you baby
Nothing on you baby
They might say hi and I might say hey
But you shouldn't worry about what they say
Cos they got nothing on you baby
Nothing on you baby

Not not not nothing on you babe
Not not nothing on you
Hands down there will never be another one
I been around and I never seen another one
Look at your style they ain't really got nothing on
And you out and you ain't got nothing on
Baby you the whole package plus you pay your taxes
And you keep it real while them other stay plastic
You're my wonder women call me Mr. fantastic
Stop... now think about it

I've been to London, I've been to Paris
Even went out there to Tokyo
Back home down in Georgia to new Orleans
But you always steal the show (steal the show)
And just like that girl you got me fro (got me fro)
Like a Nintendo 64 (64)
If you never knew well now you know (know, know, know)

Beautiful girls all over the world
I could be chasing but my time would be wasted
They got nothing on you baby
Nothing on you baby
They might say hi and I might say hey
But you shouldn't worry about what they say
Cos they got nothing on you baby
Nothing on you baby

Not not not nothing on you babe
Not not nothing on you
Everywhere I go I'm always hearing your name (name, name)
And no matter where I'm at girl you make me wanna sing (sing)
Whether a bus or a plane or a car or a train
No other girls in my brain and you the one to blame

Beautiful girls all over the world
I could be chasing but my time would be wasted
They got nothing on you baby
Nothing on you baby
They might say hi and I might say hey
But you shouldn't worry about what they say
Cos they got nothing on you baby
Nothing on you baby

Not not not nothing on you babe
Not not nothing on you
Yeah and that's just how we do it
And I'ma let this ride
B O B and bruno mars


Tuesday, August 3, 2010

::..PenyanYi Mama Papa KenE SamaN RM 1 JuTa..::

aiyaiyai....pesal plak Ning Baizura kene saman ni, for more story sila baca kat bawah ni petikan dr Metro
^
^
^
^
Pengurus saman Ning Baizura RM1j

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 12 Oktober depan untuk pengurusan kes saman RM1 juta terhadap penyanyi bersuara pop soprano dan pelakon, Ning Baizura oleh penerbit dan pengurus warga Itali, Luigi Bajona.

Timbalan Pendaftar, Anisah Normah Muhammad Noor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas bertemu peguam Harleen Kaur yang mewakili Luigi (plaintif) dan Richard Wee Lopez bagi Ning Baizura (defendan) atau nama sebenarnya Ning Baizura Hamzah, 35. Pada September 2002, Luigi yang berasal dari Milan, Itali, berkenalan dengan Ning Baizura dan mereka mengadakan perbincangan mengenai pengembangan nama dan kerjaya defendan di luar Malaysia terutama Itali dan seluruh benua Eropah. Mereka didakwa mempunyai perjanjian produksi dan perjanjian pengurusan yang ditandatangani pada 2 Disember 2005 dan 27 April 2007.


Pada 24 Januari 2009, Luigi mendakwa penyanyi itu memfitnahnya melalui laman sosial ‘Facebook’ dan atas sebab penyiaran itu, keperibadian, kredibiliti, reputasi dan nama baiknya tercemar.


Oleh itu, Luigi memohon perintah kekal menghalang Ning Baizura secara sendiri dan/atau melalui ejennya dan/atau pengkhidmatnya daripada membuat sebarang representasi tentang atau berkenaan plaintif (Luigi) kepada sesiapa atau mana-mana entiti, sama ada secara bertulis atau sebaliknya. Luigi menuntut ganti rugi am berjumlah RM1 juta dan faedah pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh saman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. Dalam writ samannya, Luigi mendakwa dia dilantik sebagai ejen tunggal defendan di benua Eropah untuk mencari dan mengaturkan persembahan dan rancangan media. Luigi mendakwa defendan membuat persembahan di hotel terkemuka di Monte Carlo iaitu Hotel de Paris selain lagunya disiarkan di Itali dan Perancis. Sementara itu, Ning Baizura dalam penyata pembelaan yang difailkan pada 11 Disember 2009, menafikan dakwaan Luigi itu dan menyatakan bahawa mengikut perjanjian itu, plaintif sepatutnya mempromosikan dirinya tetapi tidak berlaku sebaliknya dia hanya menyanyi di kelab kecil serta tidak menerima sebarang bayaran.

hurmm....mcm2 la dunia artis ni..saman menyaman cam perkara biasa je. xper ning, jaja sokong u (yelah, pehal plak kan nak sokong si Luigi dr Milan tuh, baik sokong rakyat malaysia..kate satu malaysia kan)
aduh...tekanan btol lah kalau keje ngan org perfectionist, satu hal kecik pon jadik issue ka??? semua nak kene ikut style dia..ish..ish....mana boleh camtuh, masing2 ade la cara masing2 nak buat keje kan...mana ade manusia sama, btol x?? kalau nak guide je boleh la tp jangan la sampai nak suh org ikut sebijik2 style ko.....matilah camtuh !! heeee...buat emo je di petang hari, sib baik ade blog kesayangan tempat nak meluah emosi..chewahhh....
^
^
^
^
^
^
^
^
sambil taip entry sambil makan biskut oat kruch munchy's sbb gerammm !!





Thursday, July 29, 2010

..Tak SaBar NaK JuMpe dia......

hehehehe....dia yg jaja maksudkan Bulan Ramadhan al-mubarak yg x lama lagi dah nie (apa kes jaja nak excited benor2 kan...mcmlah tahun lepas x jumpa). memang jaja excited..sbb apa?? last year jaja sempat pose seminggu jek, tu pon nurse x kasi pose sbb dia takut jaja xde tenaga nnt utk...jeng..jeng...jeng. Untuk bersalin...huhuhuhuh. Tahun lepas jaja nyer due date 8/9/09, tp Rizqi nak kuar awal, 2 hb 9 dia dah kuar, so bulan pose tahun lepas habis dengan jaja berpantang sampaila raya. SEKSA tau...tgk family berbuka makan sedap2, jaja makan nasik kosong ngan ikan bakar/ ikan masak singgang. Bayangkan la perasaaan jaja masa tuh...telan air liur jelah. Atas meja penuh ngan lauk pauk, kuih2 lg..jaja boleh pandang jek tp kadang2 mak jaja dia kesiankan jaja, dia bg la jugak jaja merasa skit2 kuih / lauk tuh..Skit je !! x boleh banyak,...bentan kang habisss.

Kali nak ler tyr pose cukup...(itupon kalu timing elok le...kalau x paham2 la, adelah cuti pose seminggu utk pempuan..paham kan). Bila bab2 pose ni, teringat masa jaja ngan adek2 kecik2 dulu, mak jaja ni kalau time bulan pose rajin buat kuih / lauk yg sedap2 and adatlah kalau dah pose tuh, jiran2 bertukar pinggan. Masalahnya, jaja ngan adek2 ni cukup hangin kalau mak nak bg kuih / lauk kat jiran lain dengan alasan " mak...x payahlah bg kat cik ____, nnt x cukup. Kita dah la ramai " (mmg kami ramai, 8 adek beradik). muka mmg masam x hengat, tp mak nasihat la, x baik buat perangai camtuh bulan pose. Last2 mak bg jugak....tp mmg patut bg pon..dah bukak pose makanan x habes pon..tamak je lebih, hehehehe. Bila ingat2 balik klakar pon ade. skrg masing2 dah besar panjang, xde nyer nak buat perangai gitu lg.

selamat berpose ek korg....jangan lupa plak..pose bukan sekadar pose makan n minum je tau !!

Wednesday, July 28, 2010

:: AyaM & Pak PanDir..apa Kes?? ::

Kes Ayam....

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggan seekor. Beberapa minit kemudian pesananya sampai, tp sedang dia menikmati makanannya..pelayan lain menghampirinya dan berkata ...

"Maaf encik...itu sebenarnya pesanan lelaki yg ada di sana itu dan ini merupakan stok ayam terakhir yg kami ada..Maaf ya encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yg ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah. Lalu dia berkata.....

"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ni milik saya. Lagipon saya juga akan membayarnya."

Sementara si pelayan restoran td nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
 
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...kekekekkekeke.



PaK Pandir SengaL......

Di suatu malam yang hening... Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa makan dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku sengaja makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

There you go...a little bit of laugh to cheer up your day !!

Sunday, July 25, 2010

:: and The aWard Goes to ::


yeayyyy....first time dapat award, thanks to Sweetsal coz giving me this award. Terharu2....claps..claps. Lain kali boleh bg award lagi ek....(itulah manusia, org bg betis nak peha...hehehehehe).


Thursday, July 22, 2010

::.dah 3 HarI x JumPA Nasik, USANA punYa pasal.::


nasik oh nasik...(rintihan org yg x makan nasik masuk 3 hari..cubaaannnn)..huuhuh. just to share with u guys, skrg jaja n hubby tgh on diet. Jaja x pernah plan pon sebenarnya nak diet2 ni walaupon tahu diriku ni x selim mana pon, xde perasaan plak nak diet. Ni semua hubby la punya pasal. One day lepas dia balik dr main heli ngan kawan2 dia, dia pon ckp kat jaja ade sorg kawan dia tuh dulu gemuk..perut buncit tp skrg perut flat wa cakap lu. So semua geng2 heli ni cam wonder la kan camaner dia boleh kurus sampai camtuh, dia pon bgtahu la dia pakai USANA. So apa lagi, sorg dah pakai semua nak pakai la kan..masing perut paham2 la..dah jadi laki org perut kalau x tggi x sah la kan...hehehehehee. Dengan perasaan berkobar2 nak kurus cam kawan dia tuh, Isnin lepas hubby terus angkut satu set usana, ade Nutrimeal (Dutch Chocolate), Essential and proviflon (x tahu jaja eja btol x nih,,hentam jek). Harga dia bg jaja quite expensive la tp dah hubby nak try, jaja pon ok jek.

Sape2 yg pernah try usana ni mesti tahu kan usana ni ade program reset, which is kita x dibenarkan makan nasik selama 5 hari. Tiap2 waktu makan kene makan nutrimeal + essential + proviflon + Sayur / Buah / makanan-makanan yg low glysemic index. So first day kitaorg buat, mak aii...x tahan btol la. Udah namanya tekak melayu, mesti ler nak hadap nasik kan. Tp alang menyeluk pekasam..biar le sampai ke lengan. Dengan pasrahnya makan buah2 n sayur2 for the past few days. Tp semalam jaja  meeting kat lumut kan so lunch semalam terpaksala makan ikan bakar n ulam ulaman aje..xkan nak hangkut nurtimeal tuh pulak...giler !!  So now dah masuk hari ketiga tanpa nasik...miss u nasik...wonder sangat cemana aizat boleh tahan x makan nasik berbulan2. Xper2....i think i will surviveee..hey hey....(tetibe dengar lagu i will survive dalam kepala)

Tuesday, July 20, 2010

::..Bos, Saya MC esok ..::

esok kene g meeting @ KHL Lumut tp ade satu insiden just now buat jaja ngeri jek nak g meeting tue...huwaaaaa. Aci x kalau tetibe je msg bos," Bos, saya mc hari ni"..huahuahua....(mau lepas tuh kene notis 24 jam..hamek ko!!).

Sunday, July 18, 2010

::...Rasa- Rasa Nak Buat Nie La...::

nak buat ape cik jaja oiii...hehehe. Jaja rase nak bg hadiah misteri la kat sape2 yg jadi FOLLOWER KE 100...sape yg bertuah tuh, just print screen menunjukkan anda org bertuah itu and inform me at my email, aqiesha@yahoo.com Senang kan.....

Okey, lepas pada tuh Insya Allah kalau dah setel hadiah utk follower ke 100 tuh, jaja plan nak buat GIVE AWAY..tp bila nak buatnya x sure lg..baru tgh berkira2 dalam kepala otak nak buat bende ni. Tggu my announcement ya...jaja tergerak hati nak buat bende2 semua sbb jaja really appreciate ngan kawan2 bloggers yg datang blog jaja, bg comment, jadik follower n ect2 walaupon blog jaja ni kalau nak dicompare ngan blog2 yg lagi femes mmg jauh panggang dr api. Tanpa korang ni, sapela jajabeanwords.blogspot kan...kan...

so apa2 berita terkini akan dikabarkan di kemudian hari, buat masa ni tgh piki nak bg apa kat follower ke 100..hehehe.


Thursday, July 15, 2010

:: MistERI TraGEDi LubUK YU ::

first time tahu pasal LUBUK YU, Maran bila kuar dalam berita  hari tuh, masya ALLah...cantiknya air dia. BIRU KEHIJAUAN, cam x caya je air dia mcm tuh (ni jaja tgk dalam berita je, x tahu la depan2 mata sama ke idak). Pergh..kalau g picnic and mandi2 sure best x henggat punya kan. Tergambar kesengalan kat situ sbb baru tahu pasal kewujudan tempat ni..(ko kompen ke warganegara malaysia ni jaja !!)

 gambar curik dr en. google

Okey, back to the main story, jaja rasa korg pon tahu kan pasal tragedi Lubuk Yu ni which summary ni lebey kurang camneh la ...ade one guy mati lemas kat situ and org2 kampung sekitar lubuk yu ni dengan rasa tanggungjawab n prihatin kat sesama insan datang menolong, nak cr mangsa mati lemas tu. Tapi berita ni jadi HOT sbb yg mati lemasnya sorg aje tp yg mati secara misteri lepas  terlibat dalam operasi mencari & menyelamat mangsa mati lemas tuh 6 org (ramai tau !!). According to Metro hari ni, kematian disebabkan oleh jangkitan air kencing tikus dan bakteria dr air dan tanah tercemar. Adeh.. rasa kesian sangat2 kat mangsa-mangsa yg meninggal ni sbb niat diorg ikhlas nak menolong cr org lemas, at the end diorg pulak yg jadi mangsa. Sedey la, walaupon jaja x de kene mengena ngan mangsa2 tp kalau la jaja ni family diorg, jaja mesti rasa ralat and dalam hati mesti terdetik jugak skit kata2 ni (kalau x tolong hari tuh, sure x kene penyakit tu and x meninggal).....ni kalau jaja okey. Kepada ahli2 keluarga mangsa, di harapkan korg tabah and redha atas kehilangan org2 tersayang.

Tuesday, July 13, 2010

:: AjaiB..PoKOk tUmBUh Dalam Masa SehaRi je ::

hahahahahah...tajuk bikin gempak je kan. nak tahu apa cerita, sila baca entry ni sampai habis, sekian.

after waiting patiently for a few days, at last sampai jugak parcel yg ditunggu2. So malam td bermula la aktiviti menampal riang ria bersama WALL DeCO (tetiba jaja rasa jaja cam kanak2 ribena buat tampal2 kat dinding..sonok giler). alkisahnya, mcm biasa la waktu jaja menjalankan kewajipan sebagai seorg blogger (ye ye ooo je ko jaja kan) berblogwalking sana sini , jaja terjumpala satu blog ni jual wall deco. Seyesly, mmg cantik bangat pelekat2 dia sampai rambang mata dah ni nak beli yg mana satu. last2 jaja amek 2 design ni, satu design pokok (x geti nak describe..korg tgkla gamba dia nnt)..and satu lg design bunga2. Nak tampal deco2 ni pon senang bangat. kat every pieces tuh ade no.no yg menunjukkan mana satu kene tampal dulu..kalau rasa2 nak ikut kreativiti sendiri nak ubah sikit2 dr yg asal  pon xde masalah. Ikut sedap rasa masing2 la. Jaja ni cam dah malas nak piki, mmg ikut sebijik2 instruction tue..kekeke. Semalam baru setel yg pokok tuh je..yg lain tungguuuuu.....sila jangan jeles ek tgk gamba kat bawah (hahahahaa..jeles la sangat ek).

 hasil tampalan semalam..

bukak2 pintu rumah nampak ni dulu ceria skit drpd dulu kosong je..so boring.

kalau rasa nak tgk design2 lain yg gorgeuo2s n cute miut belaka..sila berkunjung kat tuan punya web ni..cik g_gorges....mmg gorges pun deco2 yg dia jual...malam ni x saba nak start projek tampal menampal utk satu lagi tuh, chaiyokk jaja !

Monday, July 12, 2010

:: 10 JenIs PeKerJa yg Boleh BikIn KacO ::

yeayyy..two thumbs up untuk pasukan Spain sbb first time masuk final terus jadi Juara World Cup 2010 tuh.Claps..claps..okey, enough of bola, david villa, golden shoes and bla bla bla. jom layan kategori2 pekerja yg wujud dalam opis kat seantero dunia nih.Kalau rasa2 terkena kat batang idung tuh insaf2 la ek..i pon sama jugak..muhasabah diri skit..(wahh..alim gituuu).

1.Taichi
Asyik passing kerja kat org lain. Kerjanya menepis segala kerja yg datang kat org lain."nah...ni barang ko..ko lah kene buat" eventhough dia boleh tgk org tuh busy tp pedulik apa kan..bukan keje aku.

2. Boxing
Single tasking only. Kalau tgk kat peninju, diorg cuma genggam tangan n tumbuk lawan, xdenya pakai kaki, siku, lutut segala. So org2 yg cam peninju ni, bila dapat bebanan kerja lebih skit mulala melatah. Mintak tolong print doc sambil jawab tepon pon mulut dia pot pet pot pet.

3. Silat
Before nak start keje dia punya bunga-bunga punyala lamaaa. Macam2 gaya, macam2 persediaan. Nampak cantik tapi buahnya nan adoooooo....gaya jek lebeyyy daaaa.

4. Samurai & Cowboy
Samurai n cowboy ni dua2 handal bermain senjata diorg kan and depend on senjata diorg giler2. Pekerja2 yg mcm ni akan mati kutu kalau mesin fotostat rosak ke, internet down ke sbb x tahu nak buat apa.

5. Kungfu Bruce Lee
Kalau tgk filem Bruce Lee, before and after serang lawan mulut dia x geti duduk diam..dok watchaa....watchaa..dan bunyi-bunyian lain. Ramai jugak pekerja camni..before projek start sembang tinggi melangit..dah siap projek pon x habis lg nih bercerita ttg projek dia tuh..bape juta untung semua tuh.

6. Ninja
Ninja kan terer giler bab2 menhilangkan diri nih. zasss...terus hilang lompat sana sini..camtula gaya pekerja ninja ni. Datang keje pagi, tgk2 dah hilang pergi minum. Pastu ade jap kat meja..petang g minum pulak..rajin ngular..kikiki.

7. Rambo
Berlagak Herooo...semua bende dia boleh buat sendiri. X payah perlukan pertolongan. Tapi masalahnya, kadang2 berlagak sangat sampaikan x sempat pon nak buat keje, last2 kene mintak tolong kawan2 jugak.

8. Kung Fu Jackie
Kalau korg perasan, filem Jackie Chan mesti ade unsur unsur lawak dalam action fighting between him n org2 jahat.Kalau staff yg ikut style nih, diorg ni konon2nya keje mesti santai, xleh seyes2 sangat so outcome pada kejenya, sama ler jugakkk.x amik seyes sgt pasal keje tuh.

9. Street fighter
Ini pekerja yg x suka nak ikut procedure. Kerja dia mungkin  beres, cuma bila sampai bab2 procedure nak kene cam hantar borg claim, buat progress report, follow SOP mulala dia pening kepala n x suka nak buat. Lebih suka free style aka ikut suka hati ler nak buat camaner pon.

10. WWE Wrestling.
Sila refer kepada wrestling bawah Entertainment TV Guide. Pekerja yg ade sifat WWE ni mmg rajin, datang awal pg, balik lewat, document penuh atas meja, po pon banyak atas meja tapi sayang, semua lakonan semata-mata..hahahahahaha.

hehehehehe....rase2 kene batang idung x. Jangan risau, i pn terkena tp xnak lah reveal yg mana satu. Better keep it to myself and moral of the story, be a good worker everyone !!.





Thursday, July 8, 2010

::..AnLENE..helppp..::

tgh syok2 goyang kaki bawah meja sambil layan blog jual kain, tetiba i terperasan yg lutut i ni cam berbunyi kelekuk-kelekuk dr dalam...cam tulang lutut tuh bergerak2 masa i goyang2 kaki tuh...aiseyyy...cemana nih?? blom tua lg pon..adekah ini petanda tua nnt i will be like nenek kebayan jalan bertongkat...oooww..tidak2..x mau jadi mcm itu..tp besar kemungkinan akan jadi sbb i x suka minum susuuu...................



jaja..sila la sedar diri dr sekarang & blajar2 la minum susu..

ANLENEEEEE...saya perlu sama kamuuuuuuu...


Wednesday, July 7, 2010

sape dgr radio era pg td mesti ketawa terbahak2 coz aznil ade call sorg pakcik ni, i rasa utk speaking english nyer session kot...tp yg penting i ingat ayat dia yg nih...

" I supply ais week - week"

i rasa apa yg dia maksudkan i supply ais every week / weekly...hehehe..sian pakcik nih..naye je dia..

Tuesday, July 6, 2010

::..NaK PinTU DoreMon..SeNanG nak G MasJid IndiA.::

sungguh x logik permintaan tuh tp KALAU la ade....mmg i manusia paling bahagia kat muka bumi ni....nak pergi mana2 ckp ajeeee...xyah susah2. hari tuh g masjid india, cadangnya nak teman mak i bershopping. Nak carik kain cotton..cotton kan tgh HOT skrg nih.....pergi la kami satu family dekat masjid india tuh...lepas makan2 jalan2 jap dapat la kain sepasang dua, Rizqi plak meragam..merengek je dia..main apa pon xnak..atuk dia siap belikan belon yg rega 5 hengget tuh pon dia layan jap jek....then continue to merengek2, apo lagi kalau dah gitu gayanya....zaaass..terus kitaorg balik. Adek i yg bongsu frust je sbb x dapat nak beli kain dia . Yela, bayangkan masjid india tuh besar mana, kene round sekali utk tgk2, then round lg sekali baru beli kain lepas dah tahu kedai mana jual kain yg kita berkenan (tuh pon ade yg sanggup round 2, 3 kali tau)..habis i ni ngan rizqi dah ngamuk2 tuh..cemana??? mood shopping pon lari dah terbang jauh2..so tu la motif nak pintu doremon..kalau ade bukak je amik kain satu bayar terus, pastu kalau rasa2 x okey bukak pintu sekali lg ckp nak tukar kain...hahahahaha (merapu tahap cipan dah ni)...so skrg ni camane nih nak beli kain ?? penin...penin.....

::..HuTaNg x BErBayaR.::


to cik marina anak cik bob, k jaja akan jawab jugak tag anda nnt...tgggguuuu......

:..Apa NaK Jadi Nie??..::

since ade Rizqi in my life, mmg hidup is totally diff....all my heart n soul dedicated to him sampaikan ade yg terasa di ignorekan oleh i......huhuhuhh. when come to think of it....mmg btol pon.
kadang2 i x masak dinner pon utk hubby tp masak bubur utk Rizqi....and kadang2 conversation between us become more and more less since i duk layan Rizqi main jek...and bukan kat org lain je...i even ignoring myself......kalau dulu gemuk skit je dah beriya ni carik ubat tuh ini nak kurus....skrg ade spare tyre lg buat selambe je..even deep down inside my heart terdetik jugak nak berlawa2 balik cam zaman blom ade anak dulu...tp bila dah ngadap anak semua tuh hilang.....dulu nak pg carefour pon pakai tudung cantik2 segala...skrg tudung indon tu pon dah cukup..sarung je...kiranya bila ade anak ni the world is totally changing.....no....i'm not blaming rizqi for this situations...dia adelah anugerah dr Allah terbaik utk i....cuma i takut lama kelamaaan i akan jadi sgt selesa dgn keadaan skrg n become worsen.

being the first time mommy of course akan ade kekurangan skit nak manage life as a wife and mommy kan but i try to change for better..ok jaja...come on la..anak baru sorg weyy (org lain anak sepuluh bergetah lgi ko).....hehehe.

p/s: dear hubby...i'm sorry. didn't realize that i hurt u...

Tuesday, June 29, 2010

::..JOM MaKan : CiLi PaDi ResTauRaNt..::

haaa....ingat x i penah cakap boring makan kat bukit indah ni dalam previous entry, so lunch td pon misi jelajah bukit indah + kosas bermula utk cr tempat makan best for lunch (giler bersungguh ni cr tempat makan nihhh....boring punya pasal). First plan nak pi makan kat Old Town White Coffee kat ampang waterfront,dah lama lak rase x makan kat situ..pastu baru nak masuk ke jalan tempat kami nak makan ni, ternampak plak CILI PADI restaurant. Tempat ni baru je bukak kat ampang waterfront ni, before ni kedai perabot tp x laku agaknya terus kene take over..huhuh. At first kitaorg cam takut2 jugak nak masuk sbb kedai dia cam exclusive tau..takut mahal ler plak rega makanan kat situ tp hubby kata masuk jela since dah parking dah pun depan kedai tuh...(i dalam hati..xperlah..kalau mahal sekali ni je makan kat sini pasni x masuk dah..hehe).

So apa kitaorg makan for lunch korg tgk ler dalam gamba2 kat bawah yek.....as for me restaurant ni not bad...menu dia sangat banyak n semua nampak sedap..pastu env. dalam tuh pon very nice..aman damai tenteram je rasa makan kat situ...

 before makan tgk ler menu dulu....

 this is hubby menu for lunch :- Nasi Bojari...pelik lak nama dia...yg selalu duk dgr nasik bukhari
(ade sambal udang, ayam goreng and telur rebus..sedappp)

 ni i punyaa....Hainanese Chicken Rice..ade udang kering dalam nasik dia....

conclusinya.....nasi bojari dia sedaappp.. tp nasi ayam dia ok2 je...sedap lagi kot nasi ayam damansara..tp banyak lagi menu dia yg menarik..ade mee curry..asam laksa...lobster salad..pastu choices utk roti2 dia lg banyak dr old town...so if interested..pi test try rasa tengok...hehe...

pastu masa nak balik td nampak plak si AC Mizal sampai dengan geng2 business dia duduk lepak kat luar....i x heran la pon dekat si AC tuh tp nak nanges la tgk kete dia.....MANTAPPP giler...bentley hitam...plat no. AAC 1...warggggghh..manalah org2 kaya ni x gila2 kan kete ni...mmg smart giler !!!! dush..dush..


Sunday, June 27, 2010

::...Kan Dah MaLu...::

just wanna share this one conversation i heard while having dinner at Secret ' Recipe..

ade satu couple cina ni, tgh duk makan ngan anak dia yg umur lebih kurang Rizqi jugak. an diorg duduk sebelah meja kitaorg jek.Tgh dia duk makan2 ni adelah satu staff SR ni...nak beramah mesra la kononnya dengan baby tuh and this is what i heard;

Staff : hai....comelnya baby...(sambil usik2 pipi dak tuh)....ni makan apa ni..
mak budak tuh senyum jelah kan...org duk main2 ngan anak dia....
staff : eeee.....apasal pakai baju terbalik nih...(refering to the baby girl)
mak budak tuh : ni bukan terbalik la...FESYEN dia mcm nih....(muka pon dah masam semacam)
staff : terus senyap and muka merah ..menahan MALU...

hurmm, actually bukan i nak condem staff tu, she just trying to be friendly tp tulah...boleh plak dia ckp budak tuh pakai baju terbalik depan2 mak dia....mak dia cam hanginlah kan...hehe..so lesson learn, lain kali kalau nak ckp tuh lapik2 skit..kalau dah terlepas kan ckp kan susah..sbb tuh ade pepatah kata...terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata buruk padahnya....

Tuesday, June 22, 2010

::..WaJAh2 KESaYanGaN HaMba - SpeciaL for FaTher's Day..::

Since Father's Day jatuh 20hb hari tuh...x dapat ler nak buat special entry coz umah xde tenet..hehe (nak tggu adik i dapat staff offer from Streamyx..then baru amik ngan dia)..by the way..it not too late kan...baru je lepas 2 hari,ok lagi la tuh.Just wanna share with u guys wajah2 kesayangan hamba..aka lelaki2 yg ade dalam hidup i and i love them so muchhhhhhhhh.....

First, i perkenalkan..En. Abd Rahman Ahmad..my father...tanpa abah x wujudlah jaja kan..hepi father's day to you..semoga Allah panjangkan umur abah n dimurahkan rezeki selalu..Insya Allah..



carik punya carik x jumpa plak gamba full ayah i....gamba2 ni je yg ade....huhu..

and x lupe juge en BOB aka Mohammad Akmal b Akashah (glamer x nama mertua i.....akashah gitu) yg dah jadi abah kepada Rizqi...hepi father's day to you too dear......


hubby sonok sgt dapat mandi air terjun..cam budak kecik jekk...hehe

alamak...kad x pos2 lg.....nak beli setem dok tangguh2....w/pon skrg dah canggih manggih ..boleh wish online je tp i tetap old school....guna pos lg....chowww...nak beli setem..

Thursday, June 17, 2010

::..A Conversation between sister & brother Last nigHt .::

alkisahnya....since adek i dah dapat keje kat TM...dia tumpang duduk umah i dulu sebelum dia confirm sbb x sure lg kene keje kat mana nnt (skrg baru training kat SEMUA HOUSE)...dia ni plak mmg hantu bola...together with my other bro..SYAWAL..dua2 ni mmg kaki bola....and since now da start Piala Dunia....adek i ni pon cam sonok2 la konon nak tgk bola....and the best part is....astro umah i x amik package SPORT...diulang..X AMIK sbb hubby pon x bape layan bola...minat dia more to bende2 kat bawah ni...
anak2 angkat hubby.....

hubby with his hobby..playing at Ulu Yam...

ok..berbalik pada citer adek i ni...hari pertama start piala dunia...ok lg...he can accept that we dont have astro sport...redha la kiranya....ayat penyedap dia  ..
xperla...aku tgk result kat berita jek nnt... (ayat pasrah giler).
pastu hari kedua......try jugak cari kat astro arena, tv1, tv2 and tv3..kot2 lah ade siaran games2 yg best2...malangya xde......yg tv3 tiap hari selasa tu pon bukan nya tunjuk sgt games.....berborak je lebey......so agak frust la adek i ni..hahahhahaaa.....
so semalam tgh i lepak2 jap ngan rizqi depan tv...dia pon mengomel2...dia ckp...

adek i : kak...amik sport ek...hehee....xdok games best pon kat channel lain...
i : hurmm.....ok...bayar aahhh kat aku......(gile kejam)
adek i : hehehehe....ok..aku bayar arr skit...10 rggt ..(10 rgtt ?? )
i : jap...aku tepon astro......

and finally aku tambah la package sport.....kene tambah 22 rggt tuh....giler mencekik kedarah betul la astro ni....dahlah time hujan je failed sokmo...x geti2 nak improve ke...kitaorg bayar mahal tau...huhuuhuh...so semalam bolehla tgk MESSI main.....(i mmg x minat tgk bola tp kalau ade org tgk...cam jeling2 gitu jela...kekekeke)....aduhai bola....









Related Posts with Thumbnails
Voting